Assalamualaikum dan selamat malam.
Coklat. Siapa yang tidak sukakannya? Jika ada, mungkin tidak sampai tahap membencinya. Jika ada juga yang membencinya, Zam tak boleh kata apa.
Tapi, bagaimana anda boleh tidak menyukai coklat berbentuk luar biasa ini? Luar biasa bukan pada tiub warna air atau peralatan bengkel kerana ia sesuatu yang kita biasa temui dalam kehidupan seharian, tetapi kerana tidak pernah coklat dihasilkan dalam bentuk-bentuk seperti itu. Itu yang menjadikannya unik dan menarik.
Daya kreativiti dan ketelitian ditonjolkan sepenuhnya dalam penghasilan coklat-coklat ini. Jika ada, pasti harganya sangat mahal. Walaubagaimanapun, tentu ada yang rasa sayang untuk memakannya. Samada ia cantik seperti tiub warna air atau buruk seperti peralatan bengkel yang berkarat, pasti akan ada yang tidak sanggup memakannya!
kalau dah bentuk pelik sangat memang tak sanggup makan rasanya.
ReplyDeleteYang bentuk paku tu seram nak makan
ReplyDelete