e

Sunday, September 14, 2014

Baru Teringat Hari Jadi Anak Buah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

12-September

Sampai je Zam dari Kuching, adik yang ambil Zam di Putrajaya bagitahu tentang kisah anak buah kami yang sulung, Amirul. Semalam, dia masuk ke bilik adik Zam, dan ingatkan adik Zam yang 12 haribulan adalah hari jadinya. 

Zam betul-betul lupa hari Zam balik dari Sarawak untuk bercuti adalah hari jadinya. Kalau Zam ingat awal-awal, memang Zam cari sesuatu untuknya di Kuching. Ralat pula rasa bila tak bawa balik hadiah untuknya.

Kemudian, Zam teringat satu kedai cenderamata di Serdang, betul-betul dekat dengan rumah Zam. Yes! Beli kat sana je hadiah untuk dia. Dan Zam tahu, apa yang dia akan suka.


Kedai De Gift House ni baru je dibuka, dekat deretan bangunan kedai baru di Taman Sri Serdang. Tokey kedai, memang baik. Layanan pun mesra, sama dengan pekerja. Kalau Zam ke sana, dia akan layan dengan baik. Selalu Zam akan minta diskaun dengan dia, dan dia akan bagi walaupun Zam tak bawa kad ahli. Zam cuma bagitahu dia, yang kad ahli tu ada dengan kakak Zam, ibu kepada anak buah Zam tu. Sebab dia dah kenal kakak dan anak buah Zam, jadi dia akan beri potongan harga.

8 comments:

  1. wah sng la mcm tu...ad org kuat kt kdi hehe

    ReplyDelete
  2. teringat pulak sy the time when i forgot harijadi bestfriend sy sendiri huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya beli dkt kedai berdekatan la ae

      Delete
  3. mujur ada alternative yang dekat dengan rumah ek :)

    ReplyDelete
  4. rajin pak sedara belikan hadiah anak buah. hehe

    ReplyDelete