e

Saturday, September 20, 2014

Berbelanja RM400 Di Pasar Tani



Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Hari ni Zam berkesempatan ke Pasar Tani MAEPS untuk mencari kerepek yang dipesan rakan di Kuching. Dalam masa yang sama, Zam sempat melilau ke bahagian basah, kalau kalau ada ikan yang Zam teringin nak makan.

Masa tu lah, Zam terdengar seorang peniaga ni sebut RM445 kepada seorang pembeli. Seorang makcik. Wah.. Banyak memborong ni makcik.. Ada restoran barangkali. Atau nak menjamu keluarga yang besar. Atau mungkin saja ada orang menempah catering dengan makcik ni. Bila Zam tengok harga harga ikan ikan, dengan macam macam bentuk dan saiznya, udang, udang galah kat situ, memang patutlah jumlah keseluruhannya tinggi.

Alangkah bestnya, jika harga barang keperluan masih sama macam 5 tahun dulu...
Err pembaca faham tak mesej yang Zam cuba nak sampaikan ni?

4 comments:

  1. Faham,,terutama bagi yang berkeluarga besar..tidak mustahil kini ibu bapa atau pasangan moden lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti,,

    ReplyDelete
  2. skrg semua benda mahal Zam..kalau dulu mak bapa kt kg anak 10 relax jer ..kalau skrg ..hmm..faham2 je la...semuanya duit...:-)

    ReplyDelete
  3. Kalau betul2 nak masak, beli ikan saja untuk makan seminggu dah lebih dari seratus ongkosnya Zam. Itu pun kalau keluarga kecil.

    ReplyDelete