e

Thursday, September 25, 2014

Bila Zam Belajar Menari


Assalamualaikum dan selamat petang. 

Membaca saja tajuk diatas, mungkin ada yang terfikir benarkah Zam belajar menari? Kalau betul, menari apa? Zapin, tarian tradisonal, atau tarian breakdance?

Haa... Ini sebenarnya ada kaitan dengan Bon Odori 2014 yang Zam pergi di Padang Matsushita 20 September dulu. Pengunjung yang hadir akan di ajak untuk menari beramai-ramai mengikut penari utama yang menari di pentas utama.

Mulanya tu, memamg kekok, tapi sebab ia adalah tarian yang gerak tarinya diulang berkali-kali, jadi pengunjung akan ingat gerak tarinya. Apa yang membuatkan kami seronok, ialah suasana menari beramai-ramai tu. Meriah, menghiburkan dan berjaya buatkan kami gembira ;)

Berikut adalah suasana ketika Bon Odori berlangsung~







Memang puas hati lah.. Sebab, Zam dah lama teringin nak join Bon Odori ni.. Sejak sekolah menengah lagi..

Di bawah ini, video tarian Pesta Bon Odori tahun 2012 dulu di tempat yang sama. Yang 2014 punya, Zam tak jumpa lagi. Apapun, sama je tarian dan keseronokannya:

4 comments:

  1. saya tengok tarian ni bersopan sgt

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat menari ramai2 macam ni :)

    ReplyDelete
  3. Aiseh, akak miss lagi Obon tahun ni. Sempat pergi 2 kali jer. Dulu masa hubby kerja di Shah Alam, kalau kami pergi jadik reunion dia dengan kawan2 college jer..hahahaha. Yang paling best ialah food. Mak oiii..sedap2 giler food yang dijual kan? Tapi mahal sikitlah daripada harga di food court JJ.

    ReplyDelete