e

Wednesday, September 24, 2014

Lebih Banyak Berehat Dari Menulis Blog

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Dua hari kebelakangan ni, tak banyak entri yang Zam hasilkan. Selain tak sihat kerana batuk, demam dan selsema, Zam sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah.

Isnin, setibanya Zam dari Semenanjung, Zam terus ikut lawatan Sekolah ke Jong's Crocodile Farm di Kuching sehingga petang. Memang terasa letihnya, sampai Zam hampir tak pergi sekolah pada keesokan harinya.

Selasa pula, selesai urusan di sekolah, ZAM terus ke sekolah TUNAZ untuk hadiri taklimat. Balik ke rumah petangnya, Zam terus tertidur kepenatan.


1 comment: