Pages

Thursday, September 18, 2014

Makin Lama, Makin Zam Dekat Padanya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Zam baru saja sampai di Serdang pukul 6.30 pagi tadi, dan selepas rehat sebentar dan bersarapan, Zam terjumpa sesuatu di belakang rumah.. Haa apakah itu?

Ini sebenarnya entri fotografi. Biasanya, makhluk tu akan jadi subjek fotografi Zam. Tapi memandangkan ia liar dan tak berani dengan manusia (adakalanya), jadi Zam terpaksa ambil gambar dari jauh dahulu, dan bila ok, Zam akan cuba dekatinya untuk gambar yang lebih dekat.

Tak puas hati, cuba ambil dekat lagi...

Ok ia tak lari.. Cun dah, tapi nak dekat lagi...

dan berjaya! Kucing ni tak lari sebab ia tertarik dengan bunyi lensa kamera Zam

Belakang rumah Zam ni, memang selalu jadi tempat laluan dan persinggahan kucing-kucing liar ni. Jadi, yang datang tu memang berbeza-beza.Ada yang selalu datang, ada yang jarang. Belang kat atas ni, jarang-jarang datang. Apapun, kehadiran kucing-kucing ni beri peluang untuk Zam mengambil gambar mereka.

4 comments: