Pages

Thursday, September 18, 2014

Mee Ubi Kentang | Pernah Cuba?


Assalamualaikum dan selamat petang. 

Dalam entri kali ini, Zam kongsikan kepada pembaca menu yang Zam cuba sewaktu berkunjung ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi bulan lepas dengan rakan-rakan dari Serdang. Yang pertama, dalam gambar diatas ialah Mee Kentang aka Potato Noodles yang Zam pesan. Hidangan ni, memang vegetarian sebab tak ada daging digunakan. Rasanya, memang tak sama dengan mee kuning yang biasa kita makan. Teksturnya juga lebih kenyal, dan kuahnya tidak begitu berempah, namun ada keistimewaanya yang tersendiri. Sedap dimakan begitu saja walaupun tanpa daging. Menu masakan China di sini memang lain dari yang lain, dan anda boleh mencubanya sendiri.

Tapi jangan risau, pengusaha restoran ini termasuklah pembuat mee tariknya adalah warganegara China Muslim, jadi tak perlu risau untuk makan di sini.


Lagi satu menu yang Zam syorkan anda cuba bila ke restoran Mee Tarik Warisan Asli adalah Lamb Stick. Harganya, RM24 sepinggan- tapi ramai-ramai boleh makan. Antara menu yang popular di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini, boleh ke pautan entri INI.

5 comments:

  1. wah boleh cuba ni nanti... thanks zam for sharing...

    ReplyDelete
  2. Alamak... macam sedap jer... adehh.. dah la mmg pantang ni... pantang jumpa makanan... hehehee

    ReplyDelete
  3. eh, tak pernah rs lah.. mcm nk try je..

    ReplyDelete
  4. Lamb stick nampak menggoda, tp Muz lagi prefer beef ;)

    ReplyDelete
  5. mcm sedap tu, kentang favourite akak

    ReplyDelete