e

Tuesday, September 16, 2014

Pemenang Doodle Google Sempena Hari Malaysia 2014

Assalamualaikum, & salam sejahtera buat pembaca semua.

Selamat Hari Malaysia 2014, dan selamat bercuti buat anda. Semoga cuti hari ini diisi dengan program yang menarik, atau seelok-eloknya digunakan untuk berehat bersama keluarga di rumah.

Jika anda ke Google hari ini, pasti anda telah terlihat doodle terbaru sempena Hari Malaysia 2014 ini. Berbeza dengan doodle doodle yang telah dihasilkan sebelum ini, doodle kali ini nampak seperti lukisan menggunakan pensil warna yang biasa:



Walaupun nampak biasa, tapi lukisan ini dihasilkan oleh Lee Yee Run dari Sekinchan, Selangor sempena pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Google. Ramai peserta dari sekolah rendah dan menengah di Malaysia yang mengambil bahagian, dan doodle milik Lee ini merupakan pemenang kesuluruhan dalam pertandingan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan, kerana di usia yang muda berjaya menghasilkan karya seperti ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan doodle seumpama ini, bolehlah layari Doodle 4 Google.

4 comments:

  1. Sangat berbakat :) Tahniah untuk pemenang

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia XD ada gak tekan benda tuh siang tadi, tapi sebab ralit dengan benda lain tak sempat nak gi usha2 gambar doodle lain XD

    ReplyDelete