e

Monday, September 29, 2014

Setiap Kali Dengar Lagu Ni, Teringat Pada Anak Kucing Zam


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin. 

Hari ni memang lewat sikit mengemaskini blog, sebab sibuk dengan urusan LDP di sekolah. Ini pun baru berehat sekejap, sebelum disambung lagi selepas ini. Jadi Zam cuba fikirkan satu entri ringkas untuk dikongsikan bersama pembaca semua.

Lepas selesai LDP ni, insya Allah Zam akan ambil anak kucing Zam di klinik haiwan peliharaan berdekatan, yang turut menyediakan khidmat boarding (tempat jagaan kucing). 3 hari Zam tinggalkan ia di sana untuk boarding, sebab Zam pulang ke Semenanjung baru-baru ini. Charge yang dikenakan pun tak mahal, semurah RM10 jika Zam sediakan makanannya di tempat jagaan.

Bila dah terpisah macam ni, walaupun sekejap, memang akan teringat kat ia. Rindu nak tengok telatah dia.

Jadi bila Zam terdengar lagu Kuroneko no Tanggo (Tarian Tanggo Si Kucing Hitam) ni, memang Zam akan teringat pada anak kucing Zam. Lagu ni dalam bahasa Jepun, dan liriknya jika dihayati memang sesuai dengan sikap seekor kucing. Selain alunan muziknya yang menarik dan kedengaran lucu, suara kanak-kanak yang menyanyikan lagu ini secocok dengan kecomelan kucing yang digambarkan. Tambahan pula, penggunaan perkataan Tango tu menjadikan lagu ini begitu catchy.

Kalau anda peminat kucing, dan biasa dengan lagu JPop, mungkin anda akan suka lagu ini. Bagi yang mula nak dengar, boleh mainkan lagu diatas tu ya ;)

Di bawah ni, Zam sediakan sedikit terjemahan lagu ni. Sambil-sambil tu, boleh belajar bahasa Jepun sikit-sikit :)

kimi wa kawaii boku no kuroneko 
akai ribon ga yoku ni au yo 
dakedo tokidoki tsume o dashite 
boku no kokoro o nayamaseru

kuroneko no tango tango tango 

boku no koibito wa kuroi neko 
kuroneko no tango tango tango 
neko no me no you ni kimagure yo

Terjemahan bahasa Inggeris:

You are my cute black cat. 
That red ribbon looks good on you. 
But from time to time, you bring out your claws 
And make me worry.

The black cat tango tango tango. 

My lover is a black cat. 
The black cat tango tango tango. 
His eyes are whimsical like a cat's.

3 comments: