e

Friday, September 26, 2014

Tayar Motor Dipancitkan Pelajar

Assalamualaikum dan selamat petang pembaca semua.

Mencabarnya menjadi seorang guru pada zaman sekarang, mungkin hanya cikgu yang dapat memahaminya. Dikala guru bersuara mengenai bebanan tugas, akan ada sebilangam orang luar yang bersuara sumbang. Ah.. Biarlah.. Mereka tak kan mengerti selagi tak merasa dan berada di tempat seorang guru.

Nak nak lagi, bila bertugas di sekolah menengah.

Baru semalam, seorang rakan menceritakan kisah tayar motorsikalnya dipancitkan oleh pelajar. Dan dia bukan cikgu pertama yang terkena. Bila cikgu bersuara besar sikit, marah marah, akan wujudlah perasaan tidak puas hati di kalangan sebilangan pelajar. Balas dendam menanti. Maka motorsikal lah biasanya menjadi mangsa.

Apapun, pam angin memang dah tersedia di bilik guru. Ambil saja kalau nak guna. Betapa menunjukkan bahawa kejadian sabotaj begitu memang selalu berlaku.

Belum lagi Zam kongsikan kisah rakan rakan di sekolah menengah yang lain.. Baling barang kepada guru, memanggil guru 'lembu', dan bermacam lagi. Siapa yang dapat menahan marah bila pelajar bersikap biadap?

Ps: Pernah pecahkan pintu sebab marah sangat dengan seorang pelajar sekolah menengah. Geram sangatbmasa tu!

9 comments:

  1. Kalau sekolah menengah, cabarannya memang tinggi yer Zam. Adik akak mengajar di sek menengah juga, tapi syukurlah anak2 muridnya makan saman sikit. Tapi memang dia kena bijak mengikut rentak anak2 murid.

    ReplyDelete
  2. berani nya budak2 ni..zam mengajar kt skolah kg ke bndr?

    ReplyDelete
  3. waaliakumusslam. macam2 karenah kehidupan sekarang. sabar jelah selagi termampu... http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Itulah cabaran jadi cikgu. Saya sendiri pernah tengok kawan saya jerit kat cikgu saya sendiri sambil nak baling kerusi kat cikgu tu. Nasib baik dia tak.baling walaupun.cikgu.tu cabar dia supaya baling. Dah la cikgu tu tengah mengandung! Takut saya.masa.tu.

    ReplyDelete
  5. Hanya Guru yang memahami.. Zaza pernah patahkan kerusi kerana geram teramat sangat pada kelas tu. Masa tu baru jadi guru ganti.. Hihihi..

    ReplyDelete
  6. takut pulak dengan student sekarang ni...

    ReplyDelete
  7. saya dah BIASA terKENA macam tu. dah 4 tahun di sekolah tu, alah bisa tegal biasa. tak reti nak cakap apa pun.

    benda yang paling menyakitkan hati, pelajar mencalarkan CERMIN KERETA saya dengan menggunakan benda tajam sebanyak 4 garisan panjang. dan mencalarkan pintu kereta dua2 belah pintu dgn garisan yang panjang.

    sedih sgt! mmg ingt smpai bila2 :(

    ReplyDelete
  8. hmmm...saye baru je praktikal jadi cikgu kt sek. menengah beberapa bulan pon dh rase mcm xsanggup nk teruskan profesion ni...hmmmm

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, xpena kena lagi mcm2 hal..maybe pendekatan dgn student tu kena berhemah...biasa juga marah2 pelajar, tpi dorg oke je :)

    ReplyDelete