e

Monday, October 27, 2014

Betul Ke Orang Selangor Tak Ada Loghat??




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Setelah melihatkan situasi kemepat-empat meme berlainan negeri di atas, adakah anda mula rasa setuju dengan Zam, bahawa itulah antara tagline yang diperkatakan oleh orang luar terhadap negeri Terengganu, Kelantan dan Sabah? Dan, adakah benar orang Selangor tiada loghat? 

Secara kasar bila diperhatikan, memang tak ada loghat khusus untuk orang Selangor.. Tapi ada rakan Zam bagitahu, mereka ada cara tersendiri yang menunjukkan mereka adalah orang Selangor.. Benarkah?

PS: Lahir di Kelantan, membesar di Selangor, dan bekerja di Sarawak, Zam akui loghat Sarawak Zam paling menjadi.. Loghat Kelantan Zam dah hilang grammarnya!

10 comments:

  1. Orang selangor bukan cakap jawa ke??ekekek...ke bukan??

    ReplyDelete
  2. Sabah kha bah.. Tu yg selalu orang sebut kalau saya introduce saya sabah sedangkan salah susunan ayat tu... Betul la gambar kat atas tu.. salu kene.. Hee

    ReplyDelete
  3. ye ek....macam tak de loghat ....

    ReplyDelete
  4. kalau belah mak saya selangor sempadannya negeri sembilan...ramai yang cakap loghat nogori...semenyih,kajang dan beranang pun ramai yang cakap loghat nogori...tapi saya dan keluarga cakap bahasa biasa je,memang takde loghat rasanya...saya asal Selangor besar di KL,berkahwin dengan ore Kelate,bermastautin pula di kuala lipis,pahang...haa..acaner tu?hehehe

    ReplyDelete
  5. pensyarah saya pernah bercerita tentang loghat orang selangor di dalam kelas. loghat selangor atau nama lainnya loghat jugra adalah loghat yang boleh dikatakan pupus. hanya yang orang tahu tentang penggunaan loghat jugra ini hanyalah DYMM Sultan Selangor. Itu sahaja sekadar apa yang telah disampaikan kepada saya.

    ReplyDelete
  6. Memang pn kebanyakan org selangor berbangsa jawa n banjar...cuma klahiran melayu....tu xda loghat...bhasa diaorg ade...mcm sya nie duk sabah..bangsa banjar vs jawa...

    ReplyDelete