e

Tuesday, October 21, 2014

Bila Rakan Guru Pendidikan Khas Bersihkan Najis Murid

Assalamualaikum dam selamat pagi semua.


Kisah yang nak Zam ceritakan hari ni sebenarnya berlaku semalam ketika kami mengadakan program Bulan Bahasa di peringkat sekolah. Macam biasa, setiap program kami akan dijalankan di dalam bilik gerakan (a.k.a dewan sekolah) dan semua murid turut terlibat menyertainya bersama guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Zam seperti selalu, ditugaskan untuk mengambil gambar. Pelbagai aktiviti dimasukkan dalam aturcara program, termasuklah penglibatan guru-guru yang menjadikan program tersebut semakin meriah.

Ketika semua penonton menumpukan perhatian ke arah pentas utama, Zam menoleh ke belakang untuk mengambil gambar, dan terkejut bila melihat tompokan najis di bawah kerusi seorang murid. Habis kakinya dikotori najis. Murid kami yang seorang ini tak dapat komunikasi kerana kekurangan upaya yang dihadapi olehnya, jadi dia tak dapat memaklumkan kepada guru jika dia ingin ke tandas. Terfikir juga Zam, tidakkah dia pakai lampin pada hari itu? Atau bocor?

Zam maklumkan hal itu kepada guru kelasnya, rakan Zam.. Dengan segera, rakan Zam bawa anak murid tu keluar, dan bersihkan pakaiannya dan bersama PPM memandikannya.

Kemudian rakan Zam kembali ke bilik gerakan, dengan segulung tisu. Di lap kotoran yang mencemari lantai. Sehingga bersih. Kemudian minta bantuan PKS untuk mengemop lantai tersebut.

Terdetik dalam hati Zam, bagusnya rakan Zam ni.. Tak semua orang sanggup nak bersihkan kotoran budak kecil macam tu.. Najis anak sendiri mungkin tak geli, tapi kalau najis orang lain, siapa yang tak geli? Tabik spring untuk rakan Zam tu.. Mungkin kerana naluri keibuannya membuatkan dia sanggup melakukannya sendiri..

4 comments:

  1. ya allah.. bagusnya. begitu sekali jasa gurukan...

    ReplyDelete
  2. Bukan senang jadi cikgu..ni..kan??hati kena cekal..semangat kena kuat..lagi2 guru yang mengajar kelas2 macam ni..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, bagusnya...
    susah jugak jadi cikgu nih :'(

    anyway semoga Allah berikan kebaikan and memberkati cikgu yg baik hati tu.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. ssh dh nak dpt guru yg ikhlas begitu,moga terus sabar melayan karenah ank bangsa

    ReplyDelete