e

Saturday, October 11, 2014

Blogger: Adakah Anda Akan Terima Permintaan Review Produk Yang Diragui Statusnya?



Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Pada masa kini, banyak syarikat melihat blog sebagai satu platform untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk mereka. Mungkin kerana pengaruh yang dibawa oleh seseorang blogger mampu melariskan produk mereka. Selain itu, mungkin juga kerana kepercayaan pembaca terhadap tuan blog itu sendiri lebih lebih lagi apabila berbicara tentang kebaikan sesuatu produk.

Bagaimana sekiranya, sebuah syarikat yang dikenali meminta dan menawarkan kepada blogger untuk membuat review produk mereka, tetapi dalam masa yang sama produk tersebut pernah mendapat kecaman yang hebat dari masyarakat? Adakah anda akan menerimanya terus atau membuat pertimbangan sewajarnya terlebih dahulu?

Bukan apa. Kesannya blogger juga yang akan mendapat kecaman nanti.

Mungkin bukan iklan sahaja yang dikhususkan, tetapi dalam sesuatu kempen.

Lihat saja pada satu peristiwa apabila blogger dijemput dalam satu sesi memakan coklat untuk membuktikan ia boleh dimakan tanpa ragu ragu dan halal.

Niatnya baik. Tapi kita mungkin tidak menjangkakan ada perkara lain yang akan berlaku pada waktu itu yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Masihkah anda ingat apabila hanya blogger yang menikmati coklat itu tetapi pegawai dari badan yang mengiktiraf status halal produk itu tidah menjamahnya?

Nah.. Timbul lagi spekulasi baru. Malah makin memburukkan situasi sedia ada.

Paling malang, blogger tersebut mendapat cemuhan masyarakat. Kita yang tak terlibat ni pun turut terasa sebagai blogger. Kesian pada rakan-rakan kita.

Akhirnya, apa yang jelas, nampaklah seperti blogger blogger kita 'dipergunakan'.

Adakah anda nampak permainannya disitu?

10 comments:

  1. nampak sangatlah zam kalau begitu caranya

    ReplyDelete
  2. Kalau diragui better tak payah. Bukan setakat dunia. Akhirat pun nak kena jawab.

    ReplyDelete
  3. Kena check betul betul dulu kan sesuatu produk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kemudian pertimbangkan elok2.. nt tak pasal2, dri sendri terkena

      Delete
  4. Kena selidik betul2 dulu baru berani nak review.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. xboleh sebarang review je sbb nt implikasi kt blogger tu sndri

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul.. macam dituduh yg negatif pula nanti

      Delete