e

Sunday, October 5, 2014

Fesyen Unik Dan Pelik Di Masjid UPM Ketika Solat Sunat Aidiladha

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha buat semua yang meraikannya. 

Alhamdulillah, pagi tadi tentu ramai yang berpeluang ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha kan. Tentu terasa meriah suasananya, nak-nak lagi jika berada di masjid di mukim/kampung/kawasan sendiri.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Zam menyambut Raya Haji di Serdang. Dan masjid yang menjadi tumpuan adalah Masjid Universiti Putra Malaysia, yang bukan saja menghimpunkan orang tempatan, tetapi juga saudara seagama kita dari negara lain seperti Sudan, Arab, Indonesia dan Bangladesh. 

Apa yang paling menarik perhatian Zam biasanya bila berada di masjid UPM semasa Hari Raya adalah, fesyen pakaian yang dikenakan oleh warga Sudan ini. Sampai Zam dah terbiasa dan merasa pelik lagi, Biasanya mereka mengenakan pakaian yang berwarna warni, yang menunjukkan budaya estetika bangsa mereka sendiri. 

Pelik di mata kita, tapi itulah pakaian 'kebangsaan' mereka. Pelik bukan bermaksud jelik dan hodoh pada Zam.. Jangan ada yang salah faham ya. Sebagai seorang yang suka meniliti budaya setiap negara yang ada di seluruh dunia ini, Zam akui  ia adalah lambang keunikan bangsa masing-masing.


Ok, setakat itu sahaja kisah mengenai pakaian mereka. Seterusnya, Zam kongsikan gambar suasana ketika selesai bersolat di masjid pagi tadi. Kebanyakan dari mereka adalah pelajar UPM yang menetap di sekitar Serdang, dan ada juga yang membawa keluarga masing masing menetap di Malaysia.

Tentang khutbah yang disampaikan, biasanya ada terjemahan teks khutbah dalam Bahasa Inggeris yang dipancarkan ke skrin besar dari LCD. Jadi tak ada masalah sangat untuk mereka memahaminya :)





3 comments:

  1. Rindunya masjid upm, zaman studi slalu pegi...

    ReplyDelete
  2. Kita mesti bangga dengan budaya sendiri ;)

    ReplyDelete
  3. mesti diorg tgk budaya kita pun rsa pelik jugak..tpi biasalah..budaya lah yg menentukan identiti kita :)

    ReplyDelete