e

Sunday, October 5, 2014

Istimewanya Kek Lapis Yang Basah


Assalamualaikum dan selamat malam pembaca semua.

Sempena Aidiladha ni, macam sebelum ni bila pulang bercuti ke KL, Zam bawa pulang Kek Lapis Basah dari Sarawak. Istimewanya kali ini, sebab kek nya lebih basah (dikukus) berbanding kek kek yang dibeli sebelum ini (dibakar). Bila basah, perisa kek lapis ni akan lebih terasa di lidah bila menikmatinya. Zam paling suka, Kek Lumut tu (warna hijau), sebab biasanya kek tu agak mahal harganya satu loaf. Tapi yang di sini, murah harganya.

Kek Lapis yang kering pun sebenarnya dah okay sedapnya, tapi kalau jumpa yang basah ni, sangatlah disyorkan membelinya. Lebih sedap. 


Bagi mereka yang tidak jelas mengenai kek lapis Sarawak ini, sebenarnya terdapat 2 cara menghasilkan kek lapis, iaitu dengan membakar dan mengukus. 

Jika dilihat secara kasar, memang tak nampak sangat bezanya tapi bila diteliti, anda boleh perasan kelembapan kek yang dikukus. Dan biasanya memang peniaga akan bagitahu ia adalah kek lapis yang dibakar atau dikukus.

Cuma saiz dan berat kek lapis kukus ni yang dijual dalam bentuk loaf agak kecil dari saiz standard kek lapis yang dibakar. Sebabnya, kos kukus lebih mahal kerana memakan masa yang lebih lama dari kaedah membakar. Harga sahaja sama. Tapi tetap berbaloi membelinya ;)

3 comments:

  1. Alamak.. entry ini bikin Kak Kep terliur lah.. Beraya diperantaun memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. hihihi

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan kek lapis sarawak !! sebelum balik kl ni kena cari dulu ni...

    ReplyDelete
  3. Ooo..akak dulu beli yang Dayang Salhah tu jer... Lain kali boleh cuba brand lain pula.

    ReplyDelete