e

Friday, October 24, 2014

Jom, Mulai Hari Ini Satu Hari Satu Kebaikan


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, kini kita dah melangkah ke tahun baru Hijriah 1436.. Tentu ramai yang tidak ketinggalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebentar tadi. Semoga apa yang dihajatkan di dalam ayat tersebut akan ditunaikan oleh Allah SWT.. Amin

Sempena tahun baru hijriah, mungkin ada yang terlupa untuk memikirkan azam tahun baru. 

Walaupun, tak semestinya perlu tunggu tahun baru untuk berazam, TETAPI tahun baru sering datang dengan gesaan semangat baru. Kiranya orang akan lebih bersemangat untuk memulakan azam di hari pertama tahun baru.  

Tak perlu azam yang bombastik, cukup jika kita mulakan dulu dengan azam untuk berbuat satu kebaikan, atau satu perkara berfaedah pada setiap hari. Bila cukup setahun, kiranya dah banyak benda yang kita dah buat atau ilmu yang kita dah timba. Tak perlu besar, cukup sekadar satu perkara kecil yang bermanfaat setiap hari :)

1 comment: