e

Wednesday, October 1, 2014

Selfie Haji - Kenapa Ia Tidak Digalakkan?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Budaya selfie memang tidak mengenal tempat, dimana sahaja sudut di muka bumi ini, ada saja yang mahu berselfie. Budaya ini sukar dibendung, malah akan tambah parah jika selfie yang diambil dilihat tidak mengambil kira beberapa sensitiviti yang berada di sekeliling mereka.

Begitu juga ketika menunaikan ibadah haji. Ketika ramai yang mengejar haji yang mabrur, takut ada niat niat yang suci dirosakkan dengan rasa ujub yang mungkin wujud tanpa disedari ketika selfie. Mungkin ada niat yang baik, tapi takut juga pada fitnah riak dan ujub apabila orang lain melihat gambar selfie tersebut.

Kalau selfie, tetapi tidak memuatnaikkannya di mana mana, mungkin itu tidak mengapa. Hanya niat untuk kenangan ketika berada di tanah suci. Selfie tak salah, tapi harus kena pada tempatnya dan niat selfie itu diambil. Kan?


3 comments:

  1. ye la..selalunya orang akan guna alasan nak buat kenangan..ada jugak yang siap kongsi dio laman sosial sebab nak berkongsi detik manis..padahal nampak sangat nak menunjuk2 je....

    ReplyDelete