e

Friday, October 31, 2014

Zam Teringin Nak Tengok Islam Mekar Di Jepun

Assalamualaikum dan selamat petang.

Zam tertarik dengan info mengenai siaran sebuah rancangan di TV Al Hijrah yang bakal menayangkan slot episod Islam Di Negara Jepun mulai hari ini dan beberapa hari seterusnya. Cuma Zam kekurangan info masa tayangannya dan nama rancangan tersebut.

Islam  sebenarnya tidak begitu dikenali oleh orang Jepun. Namun disiplin, kerajinan, kebersihan yang ditonjolkan oleh mereka sebenarnya sangat mencerminkan ajaran agama Islam kita. Itu sebabnya, Zam harap sangat agar Islam berkembang mekar di sana.

Apapun tugas sekarang, Zam kena kenalpasti masa siaran rancangan ini. Kekurangan maklumat sebab tak ada info tambahan yang diberikan oleh TV Al Hijrah

2 comments: