Assalamualaikum dan selamat petang pembaca semua.
Tentu ramai di kalangan pembaca yang pernah membeli barangan di Lazada. Tawaran potongan harga yang diberikan benar-benar menarik perhatian kita, dan membuatkan kita makin teruja untuk memiliki barangan tersebut. Zam juga pernah membeli sebuah mesin membuat aiskrim dari Lazada, setelah memastikan harga yang ditawarkan benar-benar murah berbanding harga pasaran luar.
Perlu diingat, Lazada merupakan platform bagi peniaga-peniaga yang berbeza berniaga. Maksudnya, Lazada bukanlah pengedar atau syarikat tunggal yang mengeluarkan kesemua item dan menguruskan kesemua jualan secara total.
Namun, isu yang Zam bawakan kali ini sebenarnya satu bentuk persoalan yang bermain di fikiran Zam sejak sekian lama. Ia adalah berkenaan tawaran potongan harga yang ditunjukkan pada sesetengah item. Zam tegaskan disini, sesetengah item dan bukannya semua.
Contohnya, jam G Shock idaman Zam di atas.
Kalau dilihat pada harga asal jam tersebut di Lazada, ia dijual pada harga RM1605, sebelum diberikan diskaun 40%. Setelah diskaun, harga menjadi RM964.
Setahu Zam, harga jam G Shock ini paling mahal pun cecah RM1119 di kedai-kedai jam di shopping complex.. Bukan satu kedai, tapi tiga buah kedai dah Zam masuk dan survey jam ni.. Rata-ratanya pada harga RM1119.
Kalau lah ikut harga retail yang Zam tengok di shoping complex tu RM1119, tolak 40% boleh dapat RM671.40.. tapi mustahil lah kedai-kedai di shopping complex nak letak diskaun sebanyak tu..
Yang ditunjukkan dalam gambar diatas, harga asal RM1605.. Kemudian ditulis diskaun 40% menjadikannya RM964.
Memang betul boleh dapat harga jam yang lebih murah di Lazada~ RM964 berbanding RM1119 di shopping complex, tapi PERSOALANNYA, betul ke 'potongan harga 40%' yang didakwa itu?
Risau tiada ketelusan dari pihak peniaga yang menggunakan platform Lazada dengan sengaja menaikkan harga asal jam tu dari RM1119 menjadi RM1605, kemudian 'konon-konon' meletakkan diskaun 40%.
Sudahnya kita sebagai pengguna yang dikaburi dengan potongan harga yang tidak benar.
#Boleh faham point Zam di sini?
PS: Sekadar pendapat Zam
sgt faham.. kdg ada masanya rasa mcm tak berbaloi nak beli bila tgk harga kat lazada tu.. huhu
ReplyDeletetu pasal kita kena selalu alert....selalu perhati harga di Lazada tetapi kena beli banyak baru shipping free....
ReplyDeleteassalamualaikum zamani...banyak kes dah berlaku tu yg takut nak beli di lazada...
ReplyDeletephm2...alaa bnda ni bukan blaku di lazada je..kalo butik2, atau pasaraya pon berlambak mcm ni...mcm parkson tu ke, konon ltk disc 50% 70% padahal mmg harga mcm tu jgk.huhu..
ReplyDeleteMmg kdg2 tak munasabah diskaun tu kan... Tapi mmg tak pernah lagi beli kt lazada ni..
ReplyDeleteohh faham2. Betul jugak kan.
ReplyDeleteEntah lah.
Takde pengalaman shopping di lazada.
Dengar mcm2 cerita psl servis lazada..
everytime sebelum nak beli brg kat Lazada, mmg kebiasaan saya akan survey 2-3 tempat/website dulu utk compare harga. Biasanya saya akan beli bila boleh combine voucher yg ada diskaun code tu ( selalu keluar masa weekend). Mcm jam yang tuan tanah tunjuk kat atas, yg tu import. so dia akan shipping dari oversea ( biasanya HK) dan mau 3 minggu jugak baru sampai ke tgn kita. sebab dah terkena baru ni, tapi as long sampai, saya layan jer la .
ReplyDelete