e

Friday, November 14, 2014

Berakhirnya Saingan 3 Peserta Malaysia Dalam Masterchef Australia 2014

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca semua.

Dalam banyak-banyak entri Masterchef yang Zam tulis, mungkin ini yang Zam rasakan paling menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Sebab, mungkin ramai yang tak sedar dalam musim terbaru Masterchef Australia 6 2014 ini, terdapat tiga peserta yang berasal dari Malaysia yang menyertainya.

Fakta Angka:

Jumlah keseluruhan peserta Masterchef Australia tahun ini ialah 24. Mereka digelar Top 24.
4 daripada mereka berbangsa Asia.
& 3 daripadanya berasal dari Malaysia. 

Menarik kan?

Rancangan ini sebenarnya telah tamat ditayangkan di negara asalnya pada 28 Julai lalu, dan hanya pada bulan September baru ia disiarkan di Malaysia menerusi saluran Astro 709 Lifetime.

Ketiga-tiga peserta berasal dari Malaysia yang dimaksudkan ialah Emily Loo (tersingkir di episod 13), Steven Peh (tersingkir di episod 20) dan Tash Shan yang tersingkir di episod 33, dimana tayangan di Malaysia adalah pada hari ini 14 November 2014.

Tash dalam promo MC Australia



Walaupun terasa sayang kerana penyingkiran Tash Shan ketika beliau berada di kedudukan Top 12, namun pencapaian yang ditunjukkan di dalam MC Australia ternyata membanggakan. Pernah berpeluang merebut Pin Imuniti dalam Cabaran Imuniti, dan pernah menghasilkan Karipap Bersama Acar yang dikatakan oleh juri sebagai idea yang bernilai ribuan dollar.

(Resepi di SINI)

2 comments:

  1. Itulah pasal. Tash sangat berbakat. Namun kesilapan yang kecik, buat dia tersingkir.. Zaki tengok setiap hari dari audition untuk top 24. Hehe

    ReplyDelete