Menjadi seorang blogger, pastinya didorong oleh trend semasa atau minat menulis. Tidak kurang juga ada diantara kita yang menjadi blogger kerana ingin berkongsikan minat dan kisah masing-masing kepada pembaca, seperti minat dalam fotografi dan bidang masakan.
Apapun, mungkin tidak ramai di kalangan kita yang pernah terfikir untuk menjadi blogger kerana ingin memperolehi PENDAPATAN melaluinya.
Blog sebagai lubuk buat duit?
Mungkin anda semua sama seperti Zam. Menceburi bidang blogger tanpa menyedari peluang yang ada untuk buat duit secara online menerusi blog. Kesedaran itu biasanya muncul bila mula-mula melihatkan blogger lain memasang banner iklan di blog mereka.
Alang-alang sudah berblog, mengapa tidak mencubanya, kan?
Tidak semestinya anda terus bermula dengan aktif atau mensasarkan jumlah duit yang banyak. Cukup dengan memulakan blog anda sebagai medium mendapatkan pendapatan 'pasif'. Bermula dengan langkah pertama seperti ini, insya Allah akan dapat membantu membuka minda anda tentang kewujudan peluang yang menanti anda di masa akan datang dengan berblog.
Bermula Dengan Cara Yang Paling Mudah
Zam juga begitu:Permulaan mendapatkan pendapatan ialah dengan mendaftarkan diri dengan pihak pengiklan seperti Nuffnang dan Exabytes dan meletakkan banner iklan mereka di blog Zamani 84.
Ini pengalaman Zam buat duit online untuk pertama kali:
Kebetulan dalam masa yang sama, blogger ERAZ FADLI ada memberitahu cara untuk mendapatkan lebih banyak klik pada iklan iaitu dengan mempelbagaikan iklan Nuffnang dengan meletakkannya di sudut tepi blog dan sudut bawah blog. Jadi mana-mana cadangan yang bagus, Zam cuba praktikkan juga di blog.
Tenyata, selepas itu lebih banyak duit yang berjaya dikumpulkan dalam masa yang lebih singkat. Alhamdulillah cara itu menjadi! Jadi terima kasih kepada blogger yang memberikan ilham tersebut.
Tarik Lebih Ramai Pembaca Ke Blog
Untuk mendapatkan lebih banyak klik pada iklan, tentulah dengan cara mendapatkan ramai pembaca ke blog.
Bagaimana?
Cuba buat entri yang menjadi isu pada hari tersebut. Jika pada hari itu isu yang popular ialah mengenai semakan keputusan SPM online, maka itulah yang ditulis oleh anda di blog. Ini cuma contoh, dan anda boleh mempelbagaikan artikel anda dari semasa ke semasa mengikut isu yang sedang menjadi carian orang ramai. Jika teknik anda menjadi, anda boleh menarik beribu ribu pembaca ke blog anda.
Nak belajar cara menghasilkan entri seperti ini? Anda boleh merujuk kepada SIFU Zam yang seorang ini. Dari beliaulah, Zam belajar dan berjaya buat teknik ini (atau lebih dikenali sebagai teknik SEO).
Jika nak tahu siapakah orangnya, anda boleh KLIK PADA PAUTAN INI. banyak ilmu yang boleh diambil darinya.
Sertai Segmen/Contest/Giveaway Blogger Lain.
Blogger Malaysia ini rata-ratanya pemurah. Cukup pemurah kerana mereka rajin membuat segmen/contest/giveaway dan mencari penaja yang menawarkan hadiah berupa wang tunai. Jadi rajin-rajinlah sertai ya. Untung nasib, sabut timbul.
Alhamdulillah, setakat ini Zam pernah mendapat hadiah berupa wang tunai dari HASRUL HASSAN dan MIA LIANA. Zam pun tak sangka boleh menang sebenarnya. Siapa yang nak bagi duit senang-senang kat kita, kan? Jadi peluang macam ni wajar direbut.
Dan duit yang diperolehi dari mereka berdua, Zam gunakan untuk membeli sesuatu yang dapat digunakan dengan baik dan berulang kali. Biar mereka yang memberikan ganjaran wang tunai tu beroleh pahala banyak-banyak sebab kita gunakannya untuk kebaikan. Kan?
Jual Produk Sendiri Di Blog.
Jual produk sendiri tidak semestinya bermaksud anda perlu menghasilkan sesuatu barangan untuk dijual di blog. Jika anda mahu mencuba, anda boleh bermula dengan menjadi agen dropship bagi mana-mana produk yang dirasakan sesuai.
Anda cuma perlu menjadi orang tengah mempromosikan produk syarikat lain di blog anda, terima pesanan tempahan dari pelanggan, kemudian memaklumkan kepada syarikat tersebut tentang tempahan, dan syarikat tersebut akan buat penghantaran produk yang ditempah terus kepada pelanggan. Keuntungan yang diperolehi dari anda ialah perbezaan harga pelanggan dengan harga agen.
Nak dapatkan maklumat lanjut tentang cara jual produk sendiri di blog, boleh lihat DI SINI.
Sementelah Zam berada di Sarawak, Zam terfikir juga untuk berniaga produk tempatan secara online. Lebih-lebih lagi Sarawak terkenal dengan Kek Lapis, jadi Zam bercadang untuk berniaga Kek Lapis di blog. Insya Allah, Zam akan menjalankannya tidak lama lagi. Anda juga boleh menggunakan cara yang sama, lebih lebih lagi jika tempat anda mempunyai produk pelancongan yang menarik.
Harap apa yang dikongsikan dapat memberi sedikit sebanyaj idea bagi rakan blogger yang ingin mula buat duit secara online ini. Mana tahu, bermula dengan pendapatan yang biasa-biasa, anda boleh jadi lebih bersemangat dan lebih berjaya di masa akan datang dan menjadikan blog sebagai lubuk buat duit anda.
Entri ini ditulis sempena Cabaran iPone 5S anjuran DENAI HATI dengan kerjasama penaja-penaja berikut:
Penaja Utama
Penaja Individu
- http://www.ombakcreatives.com
- http://ejamothman.com
- http://www.eridy.com
- http://www.hilalazmi.com
- http://www.eizil.com
- http://www.asamboi.my
- http://www.diarymama.com
- http://pendekarberkuda.org
- http://www.saji.my
- http://abangensem.com
- http://www.enveeus.com
- http://www.pakarniaga.com
- http://anarm.net
- http://www.daddydee.net
- http://www.sunshinekelly.com
- http://sweetkurma.com
- http://awn.my
- http://mawarmerah2008.com
- http://www.blogieta.com
- http://www.broframestone.com
- http://www.akmaomar.com
- http://khairilmazri.com
- http://wowberita.org/
- Japan Budget Trip
Terbaek punye entri..
ReplyDeletePerkongsian yang baik...
ReplyDeleteWahh..smpt join yer..gudluck!
ReplyDeleteBelog Miss Balqis