e

Friday, November 28, 2014

Cuti Hari #2: Jalan Jalan Ke Serikin

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini sebenarnya catatan cuti Zam hari yang kedua di Sarawak baru-baru ini. Tak bercadang sebenarnya nak ke salah satu tempat membeli belah yang terkenal di Sarawak, tapi pagi tu tiba-tiba Zam diajak oleh rakan Tak ada apa nak dibuat, jadi Zam on saja.

Pada anda yang terfikir tidak ada apa mahu dibeli disini, baik fikirkan semula. Mungkin tak ada barang yang diinginkan anda disini, tapi kalau untuk orang lain, mungkin ada. Jadi sediakan wang secukupnya bila nak kesana.. Takut bila sampai disana, ada yang terfikir rugi tak bawa lebih sikit.

Oh ya. Pada sesiapa yang belum pernah ke sana, jangan pula bayangkan ia sebuah shopping complex. Ia adalah pasar besar terbuka yang menjual kain-kain dari Indonesia, pakaian, cenderahati dan sebagainya.

Biasanya kalau pelancong datang, mereka mencari tikar rotan, tikar palembang, kain batik sarong.. Kalau bukan untuk diri sendiri, biasanya mereka akan belikan untuk keluarga di Semenanjung..




kereta depan ni, betul-betul memborong!

4 comments:

  1. selamat bercuti zam dan selamat berjalan-jalan...

    ReplyDelete
  2. hahaha barang kat situ mmg murahkan! i org sarawak tapi penah sekali je sampai serikin hihihihi.

    ReplyDelete
  3. hai zam...lamanya tk komen sini....happy holiday ye cikgu Zam :)

    ReplyDelete
  4. huiyo lori depan tu. mcm nak masuk rumah baru je borong cm tu hahah

    ReplyDelete