e

Thursday, November 13, 2014

Doodle Mokhtar Dahari Di Google Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke 61


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pagi tadi bila mula-mula online, terlihat gambar diatas di homepage Google. Hati terdetik, Mokhtar Dahari kah ini? Bila klik info, memang betul itu doodle Mokhtar Dahari yang dihasilkan oleh Google bagi mengenang ulangtahun ke 61 pemain bola sepak lagenda ini.

Mokhtar Dahari, Lagenda Bola Sepak Malaysia dilahirkan pada 13 November, 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991. Kehebatan anak kelahiran Banting, Selangor ini ketika beraksi di padang diakui oleh kawan dan lawan, hinggakan jika pasukan lawan menentang Mokhtar Dahari dalam satu satu permainan, 3 orang pemain diperlukan untuk mengawal beliau.

Dalam kegemilangan yang dirasainya, Mokhtar Dahari juga berdepan dengan dugaan apabila pengkritik dan peminat bola sepak pada ketika itu menyerang beliau secara peribadi. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau, dan juga kepada ahli keluarga beliau, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari bermain pada ketika itu.

Disebabkan kehandalan beliau di arena bola sepak, beliau juga turut dikenali sebagai SuperMokh.

2 comments:

  1. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin

    ReplyDelete
  2. Ohh.. erm baru tahu.. pernah dengar nama ni, abah selalu jugak cerita pasal dia

    ReplyDelete