Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Mengisi masa cuti sekolah ini, tentu ramai yang membawa anak anak ke tempat menarik. Salah satu yang menjadi tumpuan sepanjang minggu ini, adalah MAHA 2014 yang diadakan di MAEPS Serdang.
Berlangsung sehingga hujung minggu ini, MAHA dijadualkan bermula seawal pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Zam berkesempatan berada di sana pagi tadi, jadi Zam nak kongsikan suasana di sana.
Zam sangka, pada hari bekerja seperti hari Khamis pengunjung tidak ramai, tapi ternyata sangkaan tu meleset. Pengunjung berpusu pusu datang, termasuklah bas bas yang membawa rombongan Cik Kiah. Memang ramai! Kalau hari Sabtu Ahad, tentu keadaanya lebih sesak!
Ini tips dari Zam jika anda mahu kesana. Rancang perjalanan anda seawalnya, seelok eloknya pada pukul 10 sudah berada di sana.
Jika anda mahu membeli pelbagai produk
makanan yang dijual, tumpukan perhatian anda terus ke dewan utama yang terletak di atas bukit. Banyak barangan yang dijual, dan ambil masa anda dalam sejam ketika disana.
Selesai urusan, jika anda tidak mahu terus bersesak dengan orang ramai, ada baiknya terus pulang. Jalan masuk dan keluar serta tempat parking akan penuh sesak dengan kenderaan, tambahan pula cuaca pagi sangat panas dan sebelah petang, hujan lebat akan melanda.
Pukul 12 adalah waktu sesuai untuk pulang kerana ketika itulah orang ramai mula memenuhi perkarangan ekspo. Saranan Zam, tak perlulah beratur panjang menaiki bas atau traktor ysng membawa anda ke ladang ternakan. Letih menunggu dalam suasana panas terik dan sesak.
Ramai.... Deno pun nak pergi tapi abah mak tak bg sebab ramai sgt... huhuuu... - DayangDeno -
ReplyDeletewahh..nad nak pergi besok..hubby ajak pergi
ReplyDeleteThanks for info.Iingat nak gi jugak. tapi takot tempat tu xsesuai bawak stroller
ReplyDelete