e

Wednesday, December 24, 2014

Gambar Tanah Runtuh Dan Lori Terjatuh Ke Dalam Gaung Di Gerik

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dalam keadaan yang tak menentu di sesetengah kawasan di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur, rasanya kita perlu mengambil perhatian dan berjaga-jaga agar perkara yang tidak diingini tidak menimpa diri kita. Berdoalah agar rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas teruk berada dalam keadaan selamat dan semoga mereka bersabar dengan musibah yang mereka alami. Berat mata kita yang melihat, berat lagi perasaan mereka yang menanggung.

Dan antara yang yang dirisaukan, adalah kejadian tanah mendap ketika musim tengkujuh ini. Semoga kita semua dijauhkan dari bencana seperti ini. Kepada anda yang ingin membuat perjalanan pulang ke mana mana destinasi sempena cuti ni, sama-sama kita beringat dan bertawakal kepada Allah SWT, dan Zam doakan perjalanan anda selamat.



1 comment: