e

Sunday, December 21, 2014

HAMLEYS Adalah Kedai Alat Permainan



Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Minggu ini, rasanya ramai yang telah mengetahu kisah tentang pelakon Rosyam Nor yang menyelar tindakan staf Hamleys apabila menetapkan syarat yang tidak wajar kepada anak perempuan beliau yang ingin bekerja di situ.

Isu kedai menetapkan syarat tidak bertudung kepada stafnya memang terjadi di Malaysia, Namun sejauh mana gambaran sebenar kisah ini menimpa anak Rosyam Nor, masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana, mungkin ada staf yang memberikan maklumat yang tidak tepat tentang syarat bekerja di sana. Kemungkinan itu adalah salah satu daripada kemungkinan yang lain yang kisahnya, tidak diketahui oleh kita.

Jika benar mereka menidakkan pemakaian tudung di kalangan staf, itu sepatutnya sesuatu yang ditentang.

Dalam pada masa yang sama, tentu ramai yang tertanya-tanya, kedai apakah Hamleys ini sebenarnya. Setelah mencari sumber mengenainya, Zam dapat tahu ia sebenarnya adalah sebuat kedai alat permainan.

Susulan dari kenyataan Rosyam Nor, pastinya ramai yang akan menggambarkan pihak Hamleys memang ada menetapkan peraturan tidak berasas seperti itu.

Apapun, pihak mereka mengeluarkan penafian ke atas tanggapan itu. Untuk membacanya, anda boleh klik pada PAUTAN INI.

1 comment: