e

Thursday, December 18, 2014

Kes Gantung Kucing Jadi Kes Polis

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Antara yang menjadi viral di Facebook hari ini selain banjir di Kelantan ialah, kes gantung kucing yang didakwa berlaku di Sarawak. Tak dapat dipastikan khabar itu, namun jika dilihat pada parabola dalam gambar di bawah, boleh dikatakan ia berlaku di sana kerana kebiasaannya parabola di pasang dengan meluas di sana.

Susulan dari tindakan tidak berperi kemanusian tersebut, khabarnya pihak polis telah kesana. Adakah benar ia menjadi kes polis, Zam tidak dapat lagi cerita yang seterusnya.



Ramai pengguna Facebook yang rata-ratanya pecinta kucing berasa marah dengan tindakan itu. Itulah, jangan cari pasal dengan pecinta kucing ni, sebab sekejap saja boleh tersebar di FB. 

PS: Orang macam ni, sebenarnya seorang yang sadis.. Suka melihat penderitaan makhluk lain.. Bahaya..




1 comment:

  1. macam-macam perangai...kejam sampai tak ingat dosa pahala...
    orang macam ni memang jenis xfikir nyawa tu bernilai camne walaupun haiwan...
    geram wehhh...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete