Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad semua.
Kalau sebelum ini Zam kisahkan tentang salah tanggapan di Mid Valley, hari ni Zam nak ulas sedikit tentang perkara yang hampir sama berlaku ketika ke Big Bad Wolf dalam entri sebelum ni.
Salah tanggapan tu sebab, Zam ingatkan pada pukul 1 hingga ke 2 pagi (ye, pagi, bukan petang), pengunjung tidak ramai tapi sangkaan Zam tu meleset. Mana taknya, masa Zam sampai sehinggalah mahu pulang pada pukul 2 pagi tu, pengunjung yang datang ke Pesta Buku Big Bad Wolf sangat ramai, sama seperti ketika sesi jualan berlangsung di siang hari. Aduh.. Ingatkan lengang je.. Kalau lengang, best sikit berjalan-jalan.. Hehe
Apapun, nanti Zam nak kongsikan beberapa tips pada sesiapa yang mahu berkunjung ke Big Bad Wolf.. Kalau boleh, jangan lah susahkan pihak mereka sebab ada perangai sesetengah pengunjung ni tak berapa sedap mata memandang.. Huhu.
mak oii,,iqha pukul 2pagi dah buat peta atas bantal,,haha
ReplyDeleteLamanya xpegi Mines
ReplyDelete