e

Monday, January 19, 2015

2 Ahli Caliph Buskers Adalah Bekas Murid Sekolah Kami Di Sarawak

Nirwan dan Rubiana

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Caliph Busker~ nama kumpulan pemuzik jalanan ini menjadi sebutan hangat sejak mereka membuat persembahan bersana kumpulan Mojo, menggantikan Aweera di pentas Anugerah Juara Lagu 29 malam tadi. Mungkin ramai yang rasa terharu dan tersentuh hati bilamana seorang yang tidak dapat melihat menyanyikan lagu popular tersebut dengan baik sekali, diiringi dengan alunan muzik dari ahli kumpulan mereka sendiri yang dianggotai oleh rakan-rakan senasib, di atas pentas yang cukup gah dalam industri muzik Malaysia.
Ketika Zam menyaksikan seorang demi seorang ahli Caliph Buskers diperkenalkan, Zam terkejut bila melihat satu susuk badan yang dikenali. Berambut panjang, kurus dan memegang gitar. Tak salah lagi, itu ialah Nirwan- bekas murid yang pernah belajar di tempat kami mengajar, Sekolah Pendidikan Khas Kuching, Sarawak. Kemudian Zam teringat, Zam pernah diberitahu rakan guru yang Nirwan berhijrah ke ibukota Kuala Lumpur untuk mencari rezeki di sana. Dah lama juga tak mendengar khabarnya, sehinggalah Zam menonton AJL semalam.

Dalam masa yang sama, Zam terpandang seorang gadis yang berdiri di sebelahnya.. Seolah-olah seseorang yang Zam kenal, tapi Zam tak dapat mengingati wajahnya. Selepas rakan Zam menunjukkan semuala rakaman persembahan mereka dengan Astro Recoder, baru Zam ingat, itu adalah Rubiana, salah seorang murid kami juga. Ada satu sebab, kenapa Zam tak mengenalinya lagi.. Insya Allah, Zam akan ceritakan dalam entri yang akan datang..

5 comments:

  1. bakat semulajadi.. suara mereka sedapp sgt..persembahan pun best

    ReplyDelete
  2. mesti seronok tgk anak murid berjaya...

    ReplyDelete
  3. kelebihan dan rezeki mereka..tahniah atas kejayaan mereka

    ReplyDelete
  4. mmg kagum dengan kebolehan mereka.. mcm penyanyi profesional. They deserves standing ovation

    ReplyDelete