e

Wednesday, January 14, 2015

Dapat Dua Murid Baru, Dan Salah Seorangnya Albino


Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca semua.

 Hari ni dah masuk hari ketiga sesi persekolahan, dan kebiasaan di awal tahun adalah guru-guru akan sibuk dengan pengurusan kelas dan rancangan mengajar. Dan dalam kesibukan tu, Zam cuba cari masa untuk menulis sepatah dua cerita untuk dimuatkan di dalam blog. Murid kami, sedikit sebenarnya. Sebab sekolah kami adalah Sekolah Pendidikan Khas. Ramai juga murid yang keluar tahun ni, dan jumlah yang masuk pula sedikit.

Apapun, tahun ni kami terima 3 murid baru. Dan secara rasminya, dua daripada mereka diajar oleh Zam. Salah seorangnya, murid albino. Umur 9 tahun, perempuan. Maaf Zam tak dapat kongsikan gambarnya di blog, kerana ia privasi murid, ahli keluarganya dan pihak sekolah. Murid albino ni harus dipantau dengan baik, termasuklah tidak membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terang kerana ia sangat menyilaukan mereka. Apapun, nanti Zam ceritakan semula..

3 comments:

  1. satu cabaran juga mengajar mereka yang lain dari lain

    ReplyDelete
  2. Kakak pasti murid albino ni jadi perhatian ramai murid sebab putih dia semacam kan..
    Kesian juga..

    ReplyDelete
  3. Semoga cikgu zam sabar mendidik..

    ReplyDelete