e

Sunday, January 18, 2015

Lampu Hiasan Terjatuh Ketika AJL29 Bukan Satu Unsur Dramatik

Lampu Hiasan Jatuh Ketika Persembahan AJL Bukan Disengajakan.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Pada masa ini sudah tentu ramai yang menonton Anugerah Juara Lagu 29 yang disiarkan secara langsung. Dan pastinya, ramai yang terpinga terpinga sewaktu lagu Percayalah dipersembahkan, lampu hiasan yang berada di sebelah kanan penyanyi tersebut terjatuh dan terhempas ke lantai. Pastinya ramai yang tertanya tanya adakah ia satu unsur dramatik yang disengajakan. Sebab, lampu tersebut betul betul jatuh selepas penyanyi melontarkan vokal tertingginya dan terhenti, sebelum menyambung nyanyian nya. Betul betul dramatik!

Dan untuk memastikannya, tentu ramai yang menantikan lampu di sebelah kiri pula yang jatuh jika ia benar benar disengajakan. Dan sebaik ia tamat tanpa lampu yang kedua tidak terjatuh, ramai yang sedar ia bukan disengajakan.

Mujur tak terjatuh ke atas peserta dan pemain viola!


2 comments: