e

Wednesday, February 25, 2015

MAS- You'll Never Fly Alone


Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Akhir tahun lepas, melalui Sarcasteek.com, Zam ada membuat pembelian online untuk t shirt cetakan mereka. Kalau ada di kalangan anda yang mengenali Saiful Nang di Facebook, ataupun halaman Warga Prihatin, tentu anda biasa melihat baju jenama Sarcasteek ini di iklankan di sana.

Zam berpuas hati dengan pembelian menerusi Sarcasteek.com ni. Rekaan cetakan pada bajunya menarik, dan pembungkusan dan penghantarannya memuaskan hati. Rekaan MAS- You'll Never Fly Alone ini dihasilkan sempena tragedi yang menimpa syarikat penerbangan itu (sebagai tanda sokongan), disamping pergolakan dalaman yang melanda (soal kemelut dalaman MAS, Zam tak mahu bincangkan di sini. Cuma Zam percaya, disebabkan pengurusan yang tidak efisyen, syarikat ini terumbang ambing).


Ada 3 warna pilihan untuk baju ini, Merah, Biru dan Hitam. Tapi Zam cuma beli Merah dan Biru.

4 comments: