e

Sunday, February 22, 2015

Menghilang 8 Hari

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Biasanya, Zam tak tinggalkan blog terlalu lama tanpa entri.

Cuma kali ini, sejak entri terakhir Jumaat 13 Februari yang lalu sehinggalah hari ini, Zam tak menulis apa-apa di blog. Sibuk. Bila dikira, 8 hari Zam tak sentuh blog.

Nanti Zam ceritakan apa yang Zam sibukkan sepanjang 8 hari cuti sempena Tahun Baru Cina.

13 Februari, Zam tunggu Air Asia di Kuching untuk pulang ke KL. Puas menunggu sejam sebab flight delay. Naik saja flight, tak penuh. Tak ada orang duduk di sebelah kiri kanan Zam.

Sampai di KLIA2, sempat cuci mata sekejap tengok koleksi G Shock.


Dari KLIA2, Zam ke Putra Jaya Sentral dengan ERL. Belikan dulu wafer untuk anak buah di Putra Jaya Sentral sebelum balik ke Serdang. (Zam memang biasa begini. Cara paling mudah untuk pulang ke Serdang dari KLIA2 adalah dengan menaiki ERL dan turun di Putra Jaya)


14 Februari, pagi pertama di Serdang. Lepas cari sarapan di kedai mamak berdekatan, Zam bawa anak buah ke kedai permainan. Cari mainan yang dia nak.


Teringin nak gunting rambut yang panjang ni, jadi Zam ke salon berdekatan. Ini kali pertama Zam ke salon ini di Serdang. Kalau nak gunting rambut, biasanya Zam akan potong di Kuching saja sebelum pulang bercuti.


Selesai urusan, beli Pizza Hut kat sebelah salon untuk makan bersama family di rumah.

Petang tu pula, ke majlis perkahwinan anak kenalan ayah di MAEPS, Serdang.


15 Februari, sepupu dari Kelantan sampai di Serdang. Zam bawa mereka berjalan-jalan di Sogo, cari kain di Kamdar dan masuk Pertama Complex, cari kedai jam yang jual G Shock pada harga murah.





Malam tu, selepas seharian berjalan-jalan di KL, Zam bertolak ke Pasir Puteh, Kelantan pula dengan bas ekspres. 

Zam kesana untuk penuhi permintaan seorang rakan yang akan melangsungkan pernikahan yang meminta Zam menjadi jurukameranya. 


bersambung..

2 comments:

  1. Snggh ke sini abe..lama x snggh..mmg penuh jadual abe ni..hehe

    ReplyDelete
  2. full schedule..hehehe..

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete