e

Monday, February 9, 2015

Pernah Makan Kuih Sayur?

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.

Pernahkah anda terjumpa sejenis kuih berbentuk seakan karipap, tetapi kulitnya diperbuat daripada tepung beras? Jika karipap digoreng, kuih ini dikukus. Intinya pula, pelbagai campuran, termasuklah daging dan sayur. Rakan berbangsa Cina Zam menggelarnya Kuih Sayur.

Dah lama Zam teringin nak makan kuih ni, asyik terliurnya sebab pernah makan dulu, dan kali ini rakan Zam (Melayu) yang menjualnya. Intinya diisi dengan sengkuang dan udang kering. Sepeket ada 6 biji, dan dijual dengan harga RM3. 

Sosnya, memang pedas sangat. Tapi layan je.. Sebab kuih yang dibuat ini kecil saiznya, Zam makan 11 biji pun masih mampu.. Hehe


5 comments:

  1. owh ni chai kueh.. kdg2 dlm dimsum pun ada kuih ni

    ReplyDelete
  2. Asslam ..

    Pernah dan sedap . Nyummy .

    sudi tak join GA saya ?

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan pulak.. ermm nak kena cari ni abe.. macam sedap

    ReplyDelete