Jumaat lepas, Zam terima panggilan dari pejabat Canon Kuching untuk mengambil semula kamera yang telah diservis. Masa tu dah pukul 4.30 petang, pejabat Canon Kuching tutup pukul 5.30, tapi sebab tengah ada urusan lain, Zam tak dapat nak ambil hari itu juga. Jadi Zam tangguhkan mengambilnya, sehinggalah hari Isnin baru-baru ini.
Gembira rasanya bila kamera tu dah kembali ke tangan Zam. Semasa tengah cek kamera tu, Zam perasan sesuatu tiada... Lens cap kamera Zam tak ada!
Adeh... Elok elok dapat kamera, cap pulak tak ada.. Huhu.. Staf tu minta maaf, jadi dia bagitahu dia akan minta staf di Shah Alam untuk hartarkan segera cap tu.. Huhu
No comments:
Post a Comment