Jumaat lalu, Zam ikut seorang rakan guru ke perjumpaan Kelab Bowling sekolahnya yang diadakan di Megalanes, Kuching. Ini pertama kali Zam ke sana, setelah sebelum ini hanya melihat bangunannya dari luar. Tempat ini baru dibuka, dan popular untuk bermain bowling.
Pukul 3petang ketika Zam sampai di sana (gambar atas), tak ramai yang bermain bowling. Tapi tak lama kemudian, tempat mula dipenuhi orang, terutamanya pelajar dan wakil Sarawak yang berlatih di sana.
Apa yang menarik perhatian Zam, di sini disediakan satu ruang untuk bersolat bagi yang muslim. Bagus juga disediakan kemudahan seperti ini.
No comments:
Post a Comment