e

Tuesday, March 24, 2015

Mungkin Ini Sebabnya KRU Pilih Cicak Jadi Hero


Setiap kali filem baru Cicak Man muncul di pawagam, maka akan timbul isu mengapa cicak yang dipiih menjadi hero. Ramai yang mempersoalkannya kerana rata-rata masyarakat Muslim mengenali cicak haiwan sebagai makhluk yang selalu mengganggu tugas para Anbiya.

Entri yang Zam tulis ini bukanlah untuk mempertahankan KRU atas pilihan yang dibuat mereka, tetapi lebih kepada luahan pendapat Zam kenapa cicak yang mereka pilih. Zam pun tak setuju bilamana cicak yang dipilih menjadi hero. Takut keliru kanak-kanak yang menontonnya, sebab mereka tentu pernah mendengar tentang anjuran membunuh cicak sebelum ini.
(Untuk baca hadith mengenai anjuran membunuh cicak, boleh lihat di PAUTAN 1 dan PAUTAN 2)

Mungkin kerana, mereka ingin mencipta hero yang dapat bergayut seperti Spiderman (juga ahli Avengers dalam komik keluaran Marvel), wira barat ciptaan Stan Lee yang terkenal. Tentu ramai yang bersetuju sejak menonton Cicakman pertama lagi, ia iras-iras Spiderman.

Mungkin mereka mahukan wira mereka dapat beraksi seperti haiwan/serangga lain yang dapat bergayut dengan sesuatu yang dapat dikeluarkan dari badan mereka. Jika labah-labah dapat memancutkan bebenang, mungkin mereka cuma dapat memikirkan cicak yang dapat menjelirkan lidah yang panjang, biarpun kita sendiri tak pernah tengok cicak melekat dan bergayut di dinding dengan lidahnya. Itu tidak lain, hanya penambahan dari segi imiginasi.

Lebih-lebih lagi dalam Cicak Man 3, banyak figura dan poster wira Marvel seperti Avengers menghiasi beberapa slot dalam filem itu. Memang nampak sangat perkaitannya, barpun tidak secara langsung.


No comments:

Post a Comment