e

Sunday, March 22, 2015

Perasmian Sebuah Surau Kecil Di Jepun

Pihak sebuah lapangan terbang di Okinawa, Jepun baru-baru ini telah merasmikan pembukaan sebuah surau kecil yang ditempatkan di dalamnya untuk kemudahan pelancong yang beragama Islam. Ini merupakan satu langkah positif dalam mempromosikan suasana Muslim Friendly di Okinawa, selain menarik pengunjung Muslim ke Jepun.

Akhir-akhir ini, makin banyak surau dibuka di Jepun, selain pelbagai juadah dan menu halal yang diperkenalkan di sana.

Gambar-gambar di bawah di ambil oleh saudara Danang Ambar Prabowo yang dikongsikan di Facebook.

Tempat wudhu yang comel berkonsepkan gaya Jepun

Arah kiblat



Makanan halal dalam bento (bekas makanan)

5 comments:

  1. semakin mudah muslim utk ke japun lepas ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    kemudahan untuk umat islam di Jepun...
    boleh la slow2 plan g jepun lepas ni...hhehehehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete