e

Saturday, March 7, 2015

Sedap Pula KFC Rice Wrap Ni!



Assalamualaikum dan selamat petang.

Sepagi tadi, Zam di sekolah untuk mesyuarat PIBG. Selesai, Zam lepak di sekolah sambil berbual dengan rakan. Kelaparan, kami ke KFC berdekatan untuk makan tengah hari. Paling dekat dan mudah untuk take away, KFC di Batu 3. 

Tiba di sana, nampak menu baru KFC ni di kain rentang. Zam memang suka makanan berbungkus seperti spring roll ni. Jadi Zam cuba. Order a la carte sahaja.

Orang kata kalau tengah lapar, semua benda pun sedap. Tapi yang ini, memang sedap bukan disebabkan Zam tengah lapar. Mungkin kerana kena dengan selera Zam. Wrapers tu sederhana, tidak terlalu tebal dan tidak memuakkan. Lagipun mudah dimakan, tidak meninggalkan sisa di tangan seperti minyak atau krim, dan mengenyangkan. 

5 comments:

  1. sedapnya... nasib dah mkn tgh hari. haha blum pernh lg Ainaa try KFC rice wrap ni >.<

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini...wahh...nampak memang sedap tu...

    ReplyDelete
  3. mcm sedap jep tapi banyak sangat sayurnya :p

    ReplyDelete