e

Thursday, March 19, 2015

Set Hidangan Roti Jala, RM30


Set hidangan roti jala, pada harga RM30 (1200yen)? Bayangkan sahaja, dah rasa mahal. Tapi, itulah harga set hidangan Roti Jala, makanan terkenal di Malaysia apabila dijual di Jepun. Tapi jangan terkeliru, sebab ia didatangkan bersama nasi, 2 jenis kari, salad, pencuci mulut dan minuman.

Masih terasa mahal? Nak buat macam mana, sebab ia bukan makanan ruji orang Jepun, dan susah nak cari roti jala di sana, jadi biasalah kalau mahal. Dan jangan bimbang, sebab makanan ini halal. Akhir-akhir ni, makin banyak makanan halal muncul di Jepun.

No comments:

Post a Comment