e

Thursday, April 23, 2015

Jus Durian Belanda, Nasi Goreng Kerang, Pisang Goreng Cheese

Ada apa dengan senarai makanan kat tajuk entri tu? Ha.. Cuma nak cerita, lepas selesai exam di OUM sebelah petang tadi, Zam keluar makan malam dengan member member. Mulanya kami bertiga, order Nasi Goreng Kerang, Nasi Goreng Seafood & Nasi Goreng Pataya. Kemudian datang lagi seorang rakan kami, bawa isteriya sekali. Oleh kerana masa tu kami dah selesai makan nasi goreng kami, dan kami nak temankan rakan kami yang baru sampai tu makan, kami order lagi Pisang Goreng Cheese & Rojak Buah..

Isu yang dibualkan, tentang perangai pelajar sekolah menengah sekarang.. Adui.. Dari luahan mereka, mengajar pelajar sekarang bukan mudah.. Dengan degilnya.. Mempermainkan guru.. Isk isk.. Bila dengar tu semua, bersyukur juga Zam mengajar murid Pendidikan Khas di sekolah rendah.. Dari segi disiplin, tak banyak masalah sangat.. huhu







No comments:

Post a Comment