e

Monday, April 20, 2015

Puasa Bulan Rejab Bukan Satu Suruhan Nabi?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sejak semalam, ramai rakan yang mula berkongsikan tentang ingatan tentang permulaan bulan Rejab pada hari ini. Salah satu cara yang bagus bagi mengingatkan rakan-rakan tentang bulan yang mulia ini, sepadan dengan hadith berikut:

"Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)." (SUMBER)

Namun, adakah kebiasaan orang kita yang berpuasa sunat di dalam Rejab kerana menganggap ia satu amalan khusus itu adalah suruhan baginda Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam?

Baru pagi tadi Zam terbaca mengenainya di laman web rasmi E Fatwa Malaysia. Menurut sumber tersebut,

"Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). 

Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab. 

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. 

Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49). 

Untuk membacanya dengan lebih lanjut, anda boleh ke pautan ini: http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/bulan-rejab-kemuliaan-dicemari-kepalsuan

Secara kesimpulannya, amalan berpuasa pada bulan Rejab bukan satu suruhan khusus, namun kita boleh melakukan puasa sunat seperti biasa pada bulan Rejab tanpa meniatkannya kepada bulan Rejab.

Apapun, doa ini boleh kita bacakan ketika berada di dalam bulan Rejab :



7 comments:

  1. info macam ni kita nak..lengkap dan padat...

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak pendapat yang kita dengar, dalam era alam maya yang makin berkembang ,lebih2 lagi menidak kan yang benar, membenarkan yang tidak , sehingga kita sendiri keliru ..

    ReplyDelete
  3. bahya kan hadith plsu ni
    boleh terpesong .
    but bila ada yg palsu sure ada pihak yg benar.
    thank ZA share this :)

    ReplyDelete
  4. byk yg palsu dari yg sahih.. sama2 kt berhati2..

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan kawan2 yang puasa hari ni saya tengok memang salalu berpuasa sunat..

    hari ni tengok kat FB ramai jugak yang berpuasa sebab bulan rejab..erm..

    ReplyDelete
  6. salam Zam , buku dah selamat sampai kat tangan akak ! sangat awesome bila akak tengok addressnya nun jauh di Kuching Sarawak ....tengok bnyak kali betul ke idak nie ... ape-ape pun terima kasih beanyak ,,,nantikan entry akak pasal buku itu nanti ;)
    terima kasih yer cikguuu

    ReplyDelete