e

Friday, June 5, 2015

GEMPA BUMI DI SABAH 5 JUN 2015

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi. Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau. 

Setakat ini tiada gempa susulan dilaporkan. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau. (SUMBER)












3 comments:

  1. semoga mereka yang di sana dalam keadaan yang baik-baik sahaja...

    ReplyDelete
  2. dasyatnya.. huhu hari Jumaat pulak tu..

    ReplyDelete
  3. Masya Allah ... semoga kita mengambik ikhtibar dan menginsafi diri

    ReplyDelete