e

Tuesday, August 11, 2015

Hasil Gambar Dalam Sesi Fotografi Perkahwinan Dengan Buaya

Pengantin Ambil Gambar Dengan Buaya

Semalam rasanya, Zam tertengok aksi sepasang pengantin dalam sesi fotografi perkahwinan mereka dengan kehadiran prop yang sangat rare, iaitu seekor buaya. Dalam gambar tersebut, gambar photographernya ada disertakan sekali. Jadi terfikir di kepala Zam, nak sangat cari gambar-gambar hasil sesi photoshoot tu. Dan baru sebentar tadi, Zam terjumpa dengan perkongsian ni.




Nak tengok koleksi gambar ni dengan jelas? Boleh ke FB photographernya, Amaluddin Jasni

Berkenaan kritikan yang diterima oleh orang ramai, ini jawapan jurukamera tersebut:

1. Susulan kritikan sesetengah pihak berikutan photoshoot yang saya lakukan didalam kandang buaya bersama pengantin saya, untuk pengetahuan semua, pengantin lelaki adalah penjaga buaya yang sudah 'bermain' dengan buaya sejak umur 9 tahun.

2. Untuk pengetahuan semua juga, pasangan pengantin sedia maklum sebarang risiko yang diambil adalah atas tanggungjawab sendiri.

3. Saya sebagai fotografer yang dibayar seharusnya memenuhi kehendak pasangan pengantin dan ianya juga atas budi bicara saya dan saya rela hati untuk memenuhi kehendak pengantin.

4. Oleh demikian, saya berharap kepada pihak yang mengkritik tindakan saya atau pasangan pengantin telah dapat informasi atas post saya ini. Terima kasih banyak atas keprihatinan tuan-tuan dalam menjaga keselamatan masing-masing.
Tukang Tangkap Gambar,

4 comments: