Semalam, Zam tengok ramai rakan FB yang mengulas isu DNA lembu dalam susu ini. Ada juga yang menulis status ala-ala suci, bersangka baik, tapi di hujung status menulis sesuatu yang sarkastik. Bila timbul isu macam ni, ramai yang nak jadi hero di alam maya. Zam fikir lebih baik kita senyapkan diri dari mengaibkan orang.. Iya tidak?
Saya melihat di FB ramai yang menulis dan komen tentang kata-kata seorang ustazah yang bercakap tentang susu lembu mempengaruhi sikap seseorang.
Ustazah tersebut menjelaskan tentang faktor pemakanan mempengaruhi sikap seseorang. Secara umumnya, saya rasa semua org setuju hal ini walaupun tidak semua makanan dibuktikan dengan sains seperti makanan bersih dan baik untuk kesihatan tapi statusnya haram boleh mengeraskan hati manusia.
Namun ustazah tersebut mengguna istilah DNA dan huraian yg tidak penuh mungkin menjadi kesalahan. Di situ, sebagai manusia yg beriman, kita perlu akur bahawa semua kita melakukan kesalahan dan kesilapan termasuk ustaz mahupun ustazah. Mereka bukanlah maksum.
Kita mengulas dan komen berleluasa (di fb) tidaklah menguntungkan kita selain kita semakin mengaibkan orang. Jika benar ustazah itu salah, tegurlah secara terus. Sebolehnya tutuplah keaiban orang seperti disebut, "Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya.”
[HR Bukhari & Muslim]
1. Ambil masa untuk dengar sepenuhnya ulasan tersebut. Jangan terus komen berdasarkan potongan gambar2 di FB. Mgkn ada maksud sebenar dari ucapan penuh ustazah tersebut. Itu juga akhlak kita org islam agar tabayyun dengan sesuatu isu.
2. Jika benar ustazah itu salah, tegur secara terus. Elakkan mengaibkan secara terbuka di medan sosial.
3. Jika sudah mengaibkan ustazah tersebut, mohonlah ampun darinya dan elakkan dari mengulanginya.
lma xberkunjung ke sini :)
ReplyDeleteowh kisah ni. ustazah tu berniat baik nak ibu2 susukan anak hingga 2 tahun... lgpon ibu skg mudah giveup nk susukan bby... cara sampaian die agak silap je.. hee
ReplyDeletehihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
ReplyDeletebagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
itulah sebaik-baik kejadian.
-blogspot : rawatankanser2013
saya menyusukan anak sampai 2thn tetapi saya tetap tidak setuju dgn apa yg ustazah tu cakap. rasanya lebih baik focus pd susu tanpa kondem pd mereka yg tidak berjaya menyusukan anak. apapun mungkin ustazah tu tersalah cakap. dia pun manusia biasa tak lari dari buat silap. kita pun dah besar boleh fikir mana yg baik kita ambil buat rujukan. yang penting jgn sampai aibkan org. tak pasal kita dpt dosa pulak
ReplyDelete