e

Monday, August 24, 2015

Penyanyi Stacy Dikhabarkan Peluk Islam | Ummu Syaikhah Stacy Abdullah


Penyanyi Stacy Dikhabarkan Peluk Islam | Ummu Syaikhah Stacy Abdullah

Terkini yang menjadi viral di FB, dikhabarkan bahawa penyanyi Stacy yang terkenal menerusi AF6 telah memeluk Islam. "Dimaklumkan juga penyanyi yang berasal dari Sabah itu hadir ke Jabatan Agama Islam di Johor ditemani penyanyi Akim Ahmad dan ibunya."- itu antara kandungan yang ditulis di kebanyakan laman blog hiburan dan portal berita online.

Perkara yang diberikan tumpuan juga adalah satu sidang media yang dikatakan akan diadakan esok di Pusat Penyiaran Astro berkenaan pengislaman artis tersebut.

(SUMBER#1) (SUMBER#2)


Dalam menulis entri ini, Zam berhati-hati juga sebenarnya.. Sebab belum ada kenyataan yang boleh dianggap rasmi. Sebab tu, perkataan yang zam gunakan- 'perkhabaran'.

Apapun ia sesuatu yang menggembirakan jika benar- sebab Stacy ni antara penyanyi yang Zam minat masa kemunculannya dari AF. AF6 tu AF pertama & AF terakhir yang Zam minat, sebab keunikan penyanyi dari Sabah ni.

PS: "Alamak terlebih sudah"~ itu tagline Stacy yang Zam ingat sampai sekarang..

2 comments:

  1. Jika benar..alhamdulillah..moga syahadah itu lillahitaala..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..moga berita ini benar

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete