Assalamualaikum readers..
Ahad malam, Zam ke Terminal Bersepadu Selatan-TBS untuk menaiki bas pulang ke Kelantan. Ini kali pertama Zam naik di TBS untuk pulang ke sana.
Sebelum ke TBS, adik Zam terlebih dahulu mengingatkan Zam supaya menukarkan tiket bas (yang telah dibeli sebelum ini di Putra Jaya) sebaik saja tiba di TBS nanti.
Zam tak faham mulanya. Kenapa perlu tukarkan tiket bas yang dah dibeli tu sekali lagi di TBS?
Lepas dengar cerita dari adik, barulah Zam faham.
Kepada penumpang yang telah membeli tiket bas di stesen bas selain TBS tetapi akan menaiki bas di TBS, tiket-tiket tu perlu ditukarkan kepada tiket rasmi TBS- seakan-akan boarding pass.
Tiket-tiket yang dikeluarkan setiap syarikat bas (seperti Transnasional, Perdana, Mutiara, Sani) yang dibeli di Stesen Bas seperti di Putra Jaya dan Kajang adalah berbeza (dari segi bentuk, saiz). Jadi kesemua tiket tu perlu ditukarkan kepada tiket/boarding pass TBS yang rasmi yang hanya sah digunakan di TBS. Selain dari tiket yang dikeluarkan TBS, tiket lain tak diterima.
Tiket asal (atas) sebelum ditukarkan kepada tiket TBS (bawah)- sumber dari Budak Bandung Laici (Kali Pertama Naik Bas Di TBS)
Bukan nak menghentam perkhidmatan kaunter penukaran tiket di TBS, tapi sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Tertanya juga- kenapa penumpang perlu menghabiskan masa beratur lama di depan kaunter tersebut untuk menukar tiket sedia ada kepada tiket TBS? Lebih senang kalau boleh terus gunakan tiket sedia ada, selagi ia tertera naik di TBS.
Saranan Zam, jika ada pembaca yang telah membeli tiket bas di stesen lain seperti Kajang & Putra Jaya dan akan naik di TBS, datang awal sejam sebelun waktu perlepasan. Sebab jika tak kena dengan masa, barisan beratur tu terlalu panjang dan memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan urusan.
Apapun, staf TBS yang menjaga kaunter akan memanggil mana-mana penumpang yang akan menaiki bas dalam masa terdekat terlebih dahulu untuk mengelakkan mereka tertinggal bas.

ade machine self service utk tukar tiket tu. saya perasan pun masa tengah tunggu bas. huhu
ReplyDeletemacam222 peraturannya
ReplyDeletehuhuhu itulah, pernah naik kat situ..pening!!.. sb time tu suruh kawan beli on9 tiket sani. nak tukar..tunjuk hp dia ckp xnampak no siri uwaaaa..time tu stgah jam lgi masa tiket. kelam kabut jugak la.. dia cari punya cari.last minit jumpa jugak. adoii. jrg sngt naik tbs ni,,biasa shah alam..
ReplyDelete