e

Saturday, September 5, 2015

Bon Odori Shah Alam 2015


(Gambar ini Zam dari majalah pesawat MAS ketika pulang berhari raya Julai lepas)


Assalamualaikum readers..

Pada sesiapa yang meminati budaya negara Matahari Terbit ini, hari ini akan berlangsungnya pesta Bon Odori bertempat di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam Selangor.

Biasanya pelbagai persembahan tarian akan dihidangkan kepada pengunjung, dan apa yang menarik sekali ialah kesemua pengunjung boleh turut serta dalam tarian yang akan dilakukan secara beramai-ramai diiringi muzik tradisional Jepun.

Selain itu, terdapat juga gerai jualan makanan Jepun yang disediakan buat pengunjung. Seperti kebiasaanya juga, terdapat segelintir dari pengunjung kita yang berpakaian yukata- sejenis kimono nipis apabila ke sana.

Zam pernah ke Bon Odori tahun lepas, cuma tahun ni tak berkesempatan. Sebab Bon Odori kali ini tidak dibuat dalam cuti sekolah. Kalau dalam cuti sekolah, Zam memang akan ada di Kuala Lumpur jadi dapatlah pergi.

Kepada yang dapat pergi tu, selamat berhibur di hujung minggu ya ;)

PS: Rasanya ia akan dimulakan seperti tahun lepas, sekitar pukul 5 petang.

Beberapa entri Zam sebelum ini berkenaan Bon Odori:


No comments:

Post a Comment