e

Monday, September 7, 2015

Marvelous Monday: Jangan Toleh Ke Belakang Lagi

Assalamualaikum readers.. 

Dalam nak tidur tadi, terfikir juga nak cari idea untuk menulis entri baru di blog. Dalam masa tu lah, nampak satu perkongsian rakan di FB.. Jadi dapatlah Zam kongsikan sama sambil ulas sedikit.

Menariknya sebab, kisah pendek ni turut mengajar kita untuk tidak menoleh lagi pada masa silam kita, walaupun intipati kisah ini berkisarkan kehidupan dunia yang melalaikan. 

Bukan nak nafikan pengajaran & pengalaman yang kita perolehi dari kisah silam kita, 

Tapi pada satu tahap, terlalu memikirkan kisah silam boleh mengganggu kita untuk fokus pada masa hadapan yang lebih baik.

Kan?


JADILAH SINGA, BUKAN KIJANG

(memandang lebih jauh)

Syaikh Abu Ishaq Al-Huwainy -hafidzahullah- pernah mengajukan sebuah pertanyaan, “Mengapa singa selalu bisa memburu kijang, padahal kijang lebih cepat larinya ketimbang singa..?” 

Beliau kemudian memberi jawaban: “Karena kijang banyak menoleh, hal itu membuatnya lambat berlari, sehingga memberi peluang bagi singa untuk menerkamnya.

Sementara singa, dia tahu apa yang menjadi tujuannya, tak sedikitpun ia berpaling dari tujuannya itu.

Hikmahnya adalah, ketika engkau sedang dalam perjalanan menuju ALLAH, jangan terlalu banyak menoleh…

Jangan sibukkan diri dengan dunia yang menggiurkan, jadikan ALLAH sebagai tujuan hidupmu.

Jadilah singa, bukan kijang...




1 comment:

  1. thank you memang kena pandang ke depan sahaja.
    Semoga mencapai apa yang di ingini


    Wanita dikecam kerana Jerawat

    ReplyDelete