e

Tuesday, September 29, 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan Cun Dengan Bajet Rendah | Boleh Dapat Ke?

Assalamualaikum readers..

Hari ni Zam nak bawa topik pasal photographer perkahwinan. Sebab fotografi ni memang bidang yang Zam minat, jadi baik juga diketengahkan untuk maklumat orang ramai.

Pernah tak kita terfikir nak dapatkan photographer yang dapat hasilkan gambar yang cun, tapi dengan harga pakej yang bajet? Mungkin ada, tapi mungkin tak ramai photographer yang sanggup melakukannya.
Kenapa? Haa.. Jom baca artikel yang dipetik dari Terengganu's Wedding Photographer Directory ni. Boleh klik pada pautan juga untuk LIKE page mereka:

DENGAN BAJET RM300 ANDA TAKKAN DAPAT FOTO MACAM INI.




foto macam ini ? apa tu? foto cium ke? bukan foto cium itu. tetapi tenaga kerja yg diperlukan utk menghasilkan foto perkahwinan berjalan dgn lancar.

Dengan bajet RM300, jurufoto sendiri pun tak lepas utk upah dia, inikan pula utk membayar upah assistant photographer.

Jika anda mahukan kualiti dan hasil foto jenis ARTWORK...
bajet anda harus bermula dari RM 1600 dan ke atas.

dengan bajet sedemikian barulah jurufoto anda ada kemampuan utk hire assistant photographer dan krew tambah pada kadar bayaran reasonable.

mereka (jurufoto) pun tak sampai hati nak bayar assistant RM 50 bagi kerja-kerja foto kahwin utk nikah sanding outdoor. Paling-paling cikai pun nak bayar assistant pun dah RM 100, tu belum campur kos tersembunyi utk trip perjalanan mereka atau penginapan sekiranya perlu.

- semua ini utk kelancaran proses fotografi berlangsung.
- gambar yang banyak meliputi whole coverage
- pelbagai angle dari sudut unexpected
- candid moment dan hasil foto yg killer utk majlis anda.

Credit photo : Ivan Slavov (Bulgaria) // Ivan Slavov Photography
Direktori Jurufoto Perkahwinan Terengganu
www.facebook.com/twpdirectory

PS: Apapun, harap tak ada yang salah faham dengan Zam. Bukan Zam nak menidakkan niat orang yang mahukan pakej fotografi yang murah, tapi Zam nak kita sama-sama faham yang kerja sebagai fotografi ni tak murah sebenarnya. Banyak tenaga, masa yang diperlukan. Kalau bajet bermula RM1000 ke atas tu, mungkin boleh diterima. K :)

1 comment: